Lawatan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi
Seluruh warga perubatan UiTM berasa berbesar hati dan gembira apabila Hospital Universiti Mara (HUiTM) yang baru di bina akan beroperasi pada April nanti secara berperingkat. Pada 23 mac 2021 (selasa) adalah hari bersejarah bagi kami kerana menerima lawatan Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi sempena penyerahan mock kunci kepada pihak HUiTM. Hospital yang dibina dengam kos Rm599 juta itu terletak di Puncak Alam mempunyai kapasiti 400 katil,98 klinik pakar,17 dewan bedah,17 wad,16 mesin dialysis dan fasiliti pembelajaran yang mampu menampung 750 pelajar pada satu satu masa.
Tidak ketinggalan juga di jabatan kami iaitu Jabatan Perubatan Pemulihan (HUiTM) yang mendapat fasiliti baru seperti kolam hydrotherapi dengan kedalaman maksimum 1.7 meter. Selain itu, kami juga dilengkapi dengan kawasan gimnasium yang lebih luas dari gimnasium yang sedia ada di Sungai Buloh seperti bilik multi-sensori untuk terapi paediatrik, gimnasium utama dan gimnasium paediatrik, dilengkapi dengan peralatan-peralatan terapi yang terkini. kami juga mempunyai makmal gait 'gait-lab' untuk menambah baik servis serta memangkin aktiviti-aktiviti penyelidikan yang akan dijalankan.
Hilangnya satu permata di Jabatan Perubatan Pemulihan
Innalillahi wainna ilaihi rojiun.
Seluruh warga Hospital Universiti Teknologi Mara (HUiTM) terutama di Jabatan Perubatan Pemulihan HUiTM sangat terkesan dengan kehilangan seorang ahli jabatan yang sangat berbudi bahasa, penyayang serta komited & proaktif dengan tugasnya sebagai seorang jururawat pemulihan jantung.
Di peringkat pendidikkan Sr. Artini mempunyai master dalam bidang kejururawatan. Beliau juga telah menghasilkan sebuah buku Penjagaan & Pemulihan Jantung pada 2019 untuk menjadi panduan buat pesakit-pesakit jantung serta orang yang inginkan ilmu pengetahuan tentang jantung di HUiTM.
Jasa, sumbangan & kenangan Bersama Sr. Artini akan terus kami abadikan & ingat selalu.