Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan surat memohon pertukaran penempatan, pelanjutan atau pindaan kepada Timbalan Dekan Pascasiswazah & Latihan Ikhtisas melalui Ketua Jabatan. Permohonan perlu mendapat kelulusan daripada mesyuarat Panel Pembangunan Sumber Manusia dan akan dimajukan kepada pihak Bahagian Kemajuan Kerjaya.