Taklimat Baru Pelajar Pascasiswazah bagi Program Kepakaran Perubatan telah diadakan pada 4 Jun 2024 di Bilik Persidangan, Aras 9, Bangunan Akademik Fakulti Perubatan. Program ini melibatkan seramai 105 orang pelajar baru ambilan Jun. Tujuan orientasi ini adalah untuk memperkenalkan pelajar baru kepada pengurusan di Fakulti Perubatan dan memberikan mereka panduan serta informasi penting untuk membantu mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran akademik yang baru.