Akreditasi Penuh adalah satu proses penilaian untuk memastikan kegiatan pembelajaran, pengajaran dan semua aktiviti lain yang berkaitan dengan sesuatu program yang ditawarkan oleh sesebuah universiti telah memenuhi keperluan Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF) dan menepati standard kualiti dalam Kod Amalan Akreditasi Program (Code of Practice for Programme Accreditation, COPPA), standard program atau keperluan badan profesional (Malaysian Medical Council (MMC)) dan dasar-dasar semasa jaminan kualiti pendidikan tinggi.
Bagi membantu jabatan mendapatkan pendedahan dan panduan mengenai proses dan tatacara penyediaan dokumen akreditasi penuh dan penilaian semula mengguna pakai format dari Majlis Perubatan Malaysia (MPM), pejabat Pascasiswazah dan Latihan Ikhtisas telah mengadakan Bengkel Penyediaan Dokumen Akreditasi Penuh dan Penilaian Semula Bagi Program Kepakaran Perubatan pada 2 Julai 2024 kepada semua pihak yang terlibat dalam pengurusan akademik pascasiswazah iaitu Ketua Jabatan, Koordinator Program, pensyarah dan staf sokongan yang terlibat dengan penulisan dokumen.