Bengkel Pengurusan Akademik Pascasiswazah anjuran Pejabat Pascasiswazah & Latihan Ikhtisas telah diadakan pada 21 Julai 2023 yang melibatkan Ketua Jabatan, Koordinator Program dan staf sokongan. Tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memastikan semua pihak yang terlibat dengan pengurusan akademik pascasiswazah mendapat pendedahan mengenai proses dan prosedur kerja. Bengkel ini juga bertujuan sebagai medan perbincangan antara jabatan dan pejabat pascasiswazah bagi memastikan kelancaran operasi akademik.
- Hits: 259