Solat 5 waktu setiap hari adalah perkara wajib bagi setiap Muslim walaupun dalam keadaan sakit. Golongan yang sedang sakit boleh mengerjakan solat dengan cara yang dipermudahkan oleh Islam dengan syarat-syarat tertentu.

‘Kursus Tatacara Ibadah Pesakit' ini merupakan pendekatan yang digunakan oleh persatuan Alliance of Insaniah (ALIS) UiTM Kampus Sg. Buloh & Kampus Selayang bagi menyampaikan pengetahuan teori dan praktikal cara pesakit melaksanakan solat. Kursus tersebut dijalankan dalam 3 sesi teori dan 1 sesi praktikal dalam tempoh 28 Februari 2019 hingga 17 Mac 2019 dan pembelajaran bagi setiap sesi telah disampaikan oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Kanan), Hospital Sg. Buloh, Ustaz Ahmad Tarmezi Bin Ali. Program tersebut telah berlangsung dengan lancar dengan penyertaan lebih kurang 50 orang pelajar UiTM Kampus Sg. Buloh dan Kampus Selayang bagi setiap sesi. Sesi praktikal yang diadakan di Pusat Perubatan Pakar UiTM Kampus Sg. Buloh turut melibatkan beberapa orang pesakit menjadikan pembelajaran menjadi lebih jelas.

Kursus ini telah memberi ilmu dan pengalaman yang sangat berguna bagi para peserta yang juga merupakan bakal doktor dan diharapkan mereka akan menurunkan ilmu yang dipelajari kepada orang sekeliling termasuklah pesakit mereka di masa hadapan.

TIP1C

TIP2
WhatsApp Image 2019 03 12 at 15.49.47
WhatsApp Image 2019 03 17 at 09.40.36
WhatsApp Image 2019 03 17 at 09.42.20
WhatsApp Image 2019 03 17 at 11.57.19