Persediaan Isi Rumah dalam menghadapi Penyakit X dan Wabak
"Persediaan awal amat penting bagi melindungi kesihatan diri, keluarga dan masyarakat daripada penularan penyakit berjangkit serta risiko berlakunya wabak. Penyakit X merujuk kepada ancaman kuman baharu yang berpotensi mencetuskan wabak dan pandemik. Oleh itu, kesiapsiagaan dalam menghadapi wabak dan ancaman seperti Penyakit X adalah amat diperlukan.
X-SIAGA ialah sebuah program yang bertujuan meningkatkan pengetahuan, kesedaran, kemahiran dan kesiapsiagaan masyarakat bagi menghadapi ancaman Penyakit X dan wabak. Buku ini menghimpunkan bahan pembelajaran dalam program X-SIAGA sebagai rujukan untuk membantu persediaan di peringkat isi rumah."