Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

 

YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / Puan,

 

PEMBUKAAN PERMOHONAN PROJEK PPRN 2.0 BAGI TAHUN 2020 FASA PERTAMA

 

Saya dengan segala hormatnya diarah merujuk kepada perkara tersebut di atas.

 

  1. Sebagaimana YBhg. Datuk / Dato’ / Prof. / Dr. / Tuan / Puan sedia maklum, inisiatif Public-Private Research Network (PPRN) yang baharu iaitu PPRN 2.0 telah dilancarkan pada 15 Oktober 2019. Untuk memantapkan pelaksanaan PPRN 2.0 bagi tahun 2020, pihak Kementerian dan Universiti telah membuat penambahbaikan kepada Garis Panduan Pelaksanaan PPRN 2.0 serta borang permohonan projek PPRN sedia ada.

 

  1. Sehubungan itu, pihak Kementerian dan Universiti ingin memaklumkan bahawa permohonan projek PPRN 2.0 bagi fasa pertama untuk tahun 2020, akan dibuka bermula pada 21 Januari 2020 dan akan ditutup pada 10 Februari 2020 di peringkat Universiti dan 20 Februari 2020 di peringkat Kementerian

Carta Alir Penerimaan Borang adalah seperti berikut:

 

10 Februari 2020 – Penutupan penerimaan Borang Peringkat Universiti 

14 Februari 2020 – Panel Penilai Universiti akan menilai Borang Permohonan

    18 Februari 2020 – Persediaan dalaman akhir sebelum dihantar ke pihak PPRN

    20 Februari 2020 – Penghantaran Borang Permohonan ke Pihak KPM.

 

  1. Hanya borang permohonan projek PPRN 2.0 yang lengkap dan telah dinilai oleh panel universiti akan diterima di peringkat Kementerian.  Pihak penyelidik juga perlu menghantar softcopy dan hardcopy kepada Sekretariat PPRN di RMC, UiTM sebelum 10 Februari 2020 (Isnin) .

 

Email             : tncpi@uitm.edu.my / azliza2971@uitm.edu.my

Phone            : +60355211462

Alamat           : Azliza Diana Mohd Yusof

   Pegawai Eksekutif (PPRN)

   Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi
    Aras 3, Bangunan Wawasan

    40450, UiTM Shah Alam                        

 

Borang permohonan yang dihantar selepas tarikh tutup tidak akan diterima.

 

  1. Bersama-sama ini dikemukakan Garis Panduan Pelaksanaan PPRN 2.0 dan Borang Permohonan PPRN 2.0 untuk perhatian dan edaran. Sekian, terima kasih.