Assalamualaikum wbt. & Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Datin/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/ Puan,

MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN MALAYSIA LABORATORIES FOR ACADEMIA-BUSINESS COLLABORATION (MyLab) 2020

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan Geran MyLab  seperti berikut :

a)     Permohonan ini dibuka sepanjang tahun

b)        Proses penilaian MyLAB akan dilaksanakan sebanyak dua (2) kali setahun iaitu pada bulan MAC dan SEPTEMBER

c)     Semua permohonan perlu dibuat secara manual melalui borang permohonan yang boleh dimuat turun di laman web RMC https://rmc.uitm.edu.my/v2/ serta MyGrants di  http://mygrants.gov.my/

d)     Setiap permohonan perlu mengemukakan lima (5) salinan Borang Permohonan Geran MyLAB yang lengkap dan dihantar ke alamat berikut selewat-lewatnya 21 Februari 2020 (Jumaat) sebelum pukul 5.00 petang :


Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC),
Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi),
Universiti Teknologi MARA,
Aras 3, Bangunan Wawasan,
40450 Shah Alam,
Selangor


Dilampirkan juga garis panduan serta borang permohonan untuk rujukan pihak tuan/puan. Sebarang pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh hubungi pihak kami di talian 03-55448255/8259.  Perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

Yang Benar,

Sekretariat
Unit Perolehan Geran
Institut Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (IRMI)
Aras 3, Bangunan Wawasan
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam, Selangor
No. Tel : 03-5544 8255/8259
No. Fax : 03-5544 8280


Garis Panduan