Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera
 
YBhg. Datuk Emeritus / Datin/ Prof. / Dr. / Tuan / Puan
 
HEBAHAN BAGI PEMOHOHAN PERUNTUKAN DI BAWAH GERAN SUMBANGAN SURUHANJAYA KEBANGSAAN UNESCO MALAYSIA (GSS)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan geran sumbangan Suruhanjaya kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM). Syarat-syarat bagi permohonan ini adalah seperti berikut:

            

a) Permohonan hendaklah dibuat melalui Jawatankuasa Kecil Tetap (JKT) SKUM mengikut niche area Kementerian tersebut. Sebagai contoh, program-program yang berkaitan bidang pendidikan tinggi perlulah melalui JKT Pendidikan Tinggi sebagai focal point iaitu Bahagian Education Malaysia.

 

b)  Mengemukakan permohonan lengkap kepada SKUM selewat-lewatnya dua (2) bulan sebelum program dilaksanakan. 

 

c)  Tempoh penerimaan permohonan bagi tahun semasa adalah selewat-lewatnya 15 Mac

 

d) Program yang dipohon hendaklah berkaitan dengan bidang kompetensi UNESCO terutamanya yang menyokong pencapaian SDG di peringkat nasional.

 

e) Permohonan perlu disertakan dengan kertas kerja yang lengkap berdasarkan format yang disediakan dan disokong oleh JKT yang berkaitan. Kertas Kerja yang tidak lengkap tidak akan dipertimbangkan. 

 

f) Mengemukakan Salinan Penyata Bank (yang telah disahkan) bagi tujuan penyaluran peruntukan.

 

g) Cadangan peruntukan program tidak boleh melibatkan perkara seperti berikut: 

                   i.    Pembelian Aset

         ii.    Pembayaran emolument serta perkara-perkara lain yang tidak bersesuaian dengan program yang ingin dilaksanakan.

 

Dilampirkan juga garis panduan serta template permohonan untuk rujukan pihak tuan/puan. Sebarang pertanyaan lanjut, pihak tuan/puan boleh hubungi pihak kami di talian 03-55448257/8255Setiap salinan permohonan perlu di majukan kepada sekratariat RMC di sekretariatupg@uitm.edu.my untuk direkodkan. Perhatian dan kerjasama pihak tuan/puan berhubung perkara ini didahului dengan ucapan terima kasih.

 

Yang Benar,

Sekretariat 

Unit Perolehan Geran

Institut Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (IRMI)

Aras 3, Bangunan Wawasan

Universiti Teknologi MARA

40450 Shah Alam, Selangor 

No. Tel : 03-5544 8255/8259

No. Fax : 03-5544 8280


Garis Panduan SUKM
Borang Permohonan Geran