Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,
YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Prof./Dr.,

MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) FASA 1 TAHUN 2020

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan geran penyelidikan di bawah Program Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (DPKPM) FAsa 1 Tahun 2020 mulai 6 Januari 2020. Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara atas talian menggunakan MyGRANTS (Malaysia Greater Research Network System) yang boleh diakses seperti di pautan https://mygrants.gov.my.

3. Sehubungan itu, perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Prof./Dr. adalah dipohon untuk memaklumkan pembukaan permohonan geran penyelidikan ini kepada semua penyelidik di Institusi masing-masing. Pihak Institusi adalah diingatkan untuk memastikan semua permohonan yang lengkap dan berkualiti dihantar secara atas talian menggunakan MyGRANTS mengikut tempoh masa yang ditetapkan serta memenuhi semua syarat dan kriteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan (Pindaan Tahun 2020) dan Dokumen Tadbir Urus Dana Penyelidikan KPM yang berkuat kuasa. Surat Makluman Pembukaan Permohonan Dana Penyelidikan KPM Fasa 1 Tahun 2020 telah pun diemel kepada Naib Cancelor/Rektor/Ketua Eksekutif dan juga kepada TNCPI dan Pengarah RMC.

4. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/Prof./Dr. boleh menghubungi pegawai di Kementerian ini di talian 03-8870 6974/6975. Kerjasama dan perhatian YBhg. Tan Sri/Datuk/Dato'/rof./Dr. berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
Saya yang menjalankan amanah,

(DATO' PROF. IR. DR. MOHD SALEH JAAFAR)
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi
(Akademik dan Pembangunan)
Jabatan Pendidikan TinggiKementerian Pendidikan Malaysia

Seksyen Pengurusan Penyelidikan
Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 7, No. 2, Menara 2
Jalan P5/6, Presint 5
62000 Putrajaya
No. Tel     : 03-8870 6974/6975
No. Faks  : 03-8870 6867